PRU14: PAS Pahang Letak 10 Calon Profesional Dan Dua Bukan Melayu ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: PAS menurunkan 10 profesional dalam pilihan raya umum kali ini, sementara bakinya terdiri daripada aktivis masyarakat, pemimpin parti yang terdiri daripada bekas guru dan agamawan serta dua orang bukan Muslim.

Mereka terdiri daripada pensyarah universiti, doktor, jurutera, konsultan, usahawan dan bekas pegawai tentera.

Mengumumkan 40 calon Dewan Undangan Negeri (Dun)dan kesemua 14 parlimen di padang awam Cenderawasih semalam, Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata yakin dengan ‘line up” kali ini.

Bekas pensyarah yang yang mewakili PAS ialah Prof Madya Dr Wan Masri Wan Muhamad yang bertanding di Inderapura dan Mohd Hazmi Dibok (Sungai Lembing) dan Zuridan Daud (Damak). 

Andansura Rabu yang dulunya seorang konsultan kekal bertanding di Beserah. Sementara usahawan Mohd Yusof Hashim menggalas beban Semammbu, Hassanuddin Salim (Kuala Semantan) dan Mohd Shahrul Mohamad (Guai).

Profesional mewakili PAS ke parlimen pula ialah Md Jusoh Darus yang pertama kali bertanding parti di Temerloh, Musaniff Abdul Rahman di Bera dan Dr Nilam Abdul Manaf di Raub.

Turut mencipta rekod ialah pertama kali PAS Pahang menurunkan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS iaitu Dato Kumar Silambaran di Dun Tanah Rata dan N Balasubramaniam di Parlimen Bentong.

Senarai penuh calon-calon PAS Pahang adalahs eperti berikut:

N.01 Tanah Rata, Dato' Kumar Silambaram; N.02 Jelai, Ustaz Abdul Karim Noor; N.03 Padang Tengku, Ustaz Roslan Harun; N.04 Cheka, Salahuddin Endut; N.05 Benta, Anuar Kassim; N.06 Batu Talam, Tengku Abdul Rahman Tengku Jaafar dan N.08 Dong, Bedu Rahim Ismail.

N.09 Tahan, Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badaruddin; N.10 Damak, Ustaz Zuridan Md Daud; N.11 Pulau Tawar, Ahmad Nawi Samah; N.12 Beserah, Andansura Rabu; N.13 Semambu, Mohd Yusof Hashim; N.14 Teruntum, Ustazah Azizah Mohd Ali; N.15 Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar; N.16 Inderapura, Prof Madya Dr Wan Masri Wan Mohamad; N.17 Sungai Lembing Ustaz Mohd Hazmi Dibok; N.18 Lepar, Mohd Nor Hisham dan N.19 Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahya.

N.20 Pulau Manis, Kapten (B) Zainuddin Noh; N.21 Peramu Jaya, Ustaz Abu Kassim Manaf; N.22 Bebar, Mohd Nazaha Osman; N.23 Chini, Ustaz Mohd Fadzil Noor Abd Karim; N.24 Luit, Safian Abdul Jalil; N.25 Kuala Sentol, Mohd Fadzil Nazmi; N.26 Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak; N.27 Jenderak, Abdullah Yusuf; N.28 Kerdau, Ustaz Aire Roshairi Roslan; N.29 Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz; N.30 Mentakab, Ustaz Abirerah Awang Chik dan N.31 Lanchang, Hassan Omar.

N.32 Kuala Semantan, Hassanuddin Salim; N.33 Bilut, Mohd Zamri Noh; N.34 Ketari, Ustaz Roslan Md Esa; N.35 Sabai, Mohd Khairuddin Abdullah; N.36 Pelangai, Zaharim Othman; N.37 Guai, Mohd Shahrul Mohamad; N.38 Kemayan, Mohd Yusuf Che Din; N.40 Bukit Ibam, Ustaz Nazri Ahmad; N.41 Muadzam Shah, Ramli Awang Ahmad dan N.42 Tioman, Mohd Yunus Ramli

Manakala P.78 Cameron Highlands PAS meletakkan seorang guru yang baru sahaja bersara Wan Mahadir Wan Mahmud; P.79 Lipis, Sobirin Hj Duli; P.80 Raub, Dr Mohd Nilam Abd Manaf; P.81 Jerantut, Yohanis Ahmad; P.82 Indera Mahkota, Ustaz Nasrudin Hassan; P.83 Kuantan, Sulaiman Mat Derus; P.84 Paya Besar, Mohd Azhar Mohd Noh; P.85 Pekan, Kapten (B) Ahiatuddin Daud; P.86 Maran, Hasenan Haron; P.87 Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashari; P.88 Temerloh, Md Jusoh Darus; P.89 Bentong, Balasubramaniam Nachiapan; P.90 Bera, Musaniff Abdul Rahman dan P.91 Rompin, Ustaz Shahrulnizam Abd Haliff. #sumber

Subscribe to receive free email updates: