Kehilangan Dua Pemimpin, Nama Tajuddin 'Muncul Semula' Di Paya Besar ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Setelah Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail dan Adun Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh meninggal dunia tahun ini dan tahun lalu, tiba-tiba nama bekas Ketua Bahagian UMNO Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman muncul semula.

Menurut sumber, nama beliau dikatakan ‘naik’ semula berikutan ketandusan tokoh BN di Bahagian berkenaan bagi membawa cabarab BN menjelang PRU ke 14 ini.

Sebelum ini, Tajuddin yang masih menjawat Ketua Bahagian tersebut yang tidak terpilih dalam PRU ke 12 2008 dikatakan telah bertindak meninggalkan jentera kempen UMNO bahagian. Tempat beliau digantikan oleh Shohaimi.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan bekas Setiausaha UMNO Pahang yang ‘merajuk’ itu telah dijanjikan dengan lantikan Senator.

Menurut saksi, Tajuddin yang naik dalam politik selepas dilantik Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Pahang (kini Tun) Khalil Yaakob, pada masa ini hanya berminat dengan aktiviti bermotor kuasa tinggi hingga ke Eropah.

Namun baru-baru ini, beliau yang pernah berkhidmat dengan Felda Wilayah, dikatakan telah bertemu dengan orang penting yang mahukan beliau ‘kembali’ ke arena politik. #sumber

Subscribe to receive free email updates: