Pensyarah Warga Palestin Maut Di "Tembak", Seorang Pendiam Serta Baik kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR:  Pensyarah warga Palestin yang maut akibat ditembak berhampiran sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak awal pagi tadi dikenali sebagai Dr Fadi Al Batsh, menurut Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar H. Al Agha.

Beliau berkata mangsa tinggal di kondominium berkenaan bersama isteri dan tiga anak berusia setahun, lima dan enam tahun.

"Saya amat terkejut dengan kejadian menimpanya kerana mangsa seorang yang baik dan tidak mempunyai musuh.

"Beliau seorang yang pendiam dan amat baik dengan semua orang - Saya terkejut kenapa perkara ini terjadi kepadanya," katanya kepada pemberita dalam Bahasa Malaysia ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Duta itu berkata pihaknya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk disiasat. #sumber

Subscribe to receive free email updates: