Kerajaan PH telah mengarahkan semua stesen-stesen petrol di Malaysia untuk memaparkan harga petrol di negara-negara ASEAN.
Mengikut arahan itu, paparan harga mesti JELAS dan KETARA dan mesti dikemaskinikan setiap minggu.
Apa faedah yang rakyat dapat dengan arahan ini?
Rakyat Malaysia tidak isi minyak dengan harga di Cambodia pun.
Ataupun rakyat boleh pilih untuk isi minyak dari Myanmar?
Apabila paparan ini mula naik di stesen, tidak mustahil jika ada ada rakyat yang akan tampal sticker untuk harga di Brunei.
Ada juga rakyat baik hati dan rela membantu kerajaan PH yang mungkin terlupa bahawa Brunei masih antara negara di ASEAN.
Ada yang mungkin tampal sticker "Mana pergi janji minyak RM1.50?"
Nampaknya, kerajaan PH tidak pernah berhenti untuk memainkan propaganda.
Mereka terus membuat keputusan-keputusan yang tidak masuk akal serta menyusahkan rakyat.
Oleh : Najib Razak #CelahGelegar
Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Dahulu, PH selalu bandingkan dengan negara-negara pengeluar minyak.
Kadang-kadang terfikir juga, adakah PH sudah lupa apa-apa fitnah yang dicipta semasa jadi pembangkang.
Mungkin kah mereka terlupa, kita sekarang bukan berada di zaman Batu tetapi di zaman Internet yang mana setiap pembohongan dahulu dengan mudah diakses semula oleh rakyat.