Pejuang "Reformasi 98" Mungkin Tanding Di Kerusi DUN Teruntum, PRU14 Ini ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Penyelaras Pakatan Bebas Pro Rakyat (BPR), Benzin Dagok (foto) tidak menolak kemungkinan untuk bertanding di kerusi DUN Teruntum pada PRU-14 ini.

Menerusi posting terbaru di Facebook beliau yang berbunyi "Mungkin saya akan bertanding DUN TERUNTUM. 4 PENJURU BN-PKR-PAS'BebasProRakyat", jelas menggambarkan dia sudah bersiap sedia untuk bertanding di kerusi itu.

Sebelum ini beliau dilaporkan berminat untuk bertanding di kerusi DUN Panching, Parlimen Paya Besar. Namun, besar kemungkinan beliau memilih DUN Teruntum berdasarkan kepada senario semasa.

"DUN Panching banyak kawasan Felda, mereka penyokong tegar BN. Maka, harapan agak sukar. Tapi di DUN Teruntum, tiada Felda. Maka mudah sikit untuk meraih undi", katanya.

Difahamkan PAS turut meletakkan calon mereka di kerusi tersebut iairu Ustazah Azizah Mohd Ali (Mak Itam).

Jika Benzin bertanding di DUN Teruntum, maka pertembungan empat penjuru pasti berlaku seperti yang dijangka. Apa pun beliau masih belum membuat keputusan  muktamad atas perkembangan terbaru ini. 

Benzin yang merupakan salah seorang aktivis pejuang Reformasi'98 berkata besar kemungkinan dia akan bertanding atas tiket parti, jika segalanya berjalan lancar. #PDO

Subscribe to receive free email updates: