Mat Jidi, "Orang Kuat" Ismail Sabri Tanding Tiket PH Di DUN Kemayan ! kabarmalay3.blogspot.com


BERA: Bekas orang kuat Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Mohamed Jidi Yaakob bakal bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) di kerusi DUN Kemayan pada Pilihanraya Umum Ke-14 tidak lama lagi.

Nama beliau telah diumumkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.

Beliau yang cukup popular dengan nama "Mat Jidi" dikhabarkan akan menjadi calon BN pada PRU12, namun tempatnya telah diberikan kepada Mohd Fadil Osman. Namun, Mat Jidi terus memberikan sokongan bagi memastikan kemenangan BN ketika itu.

Mat Jidi  dilihat amat popular di warga Felda di kawasan ini terutamanya ahli-ahli UMNO. Ini kerana beliau pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bera yang membantu kemenangan Ismail Sabri dalam PRU sebelum itu. 

Nampaknya, kerusi Parlimen Bera juga "panas" dengan perkembangan terbaharu ini. Tambahan pula Ismail hanya menang tipis pada PRU13 lalu sebenarnya. #PDO

Subscribe to receive free email updates: