TEMERLOH: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Lanchang Permai, Lanchang di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah ACP Zundin Mahmood berkata kejadian 2.30 petang itu dipercayai berlaku semasa Muhammad Suffian Makri, 40, dalam perjalanan dari Felda Lakum ke Pekan Lanchang di sini.
"Sebaik tiba di tempt kejadian, satu daripada tayar Mitsubihi Pajero yang dipandu mangsa pecah menyebabkannya terbabas lalu melanggar tayar belakang lori dari arah bertentangan.
"Kenderaan itu kemudian merempuh pokok kelapa sawit yang berada di bahu jalan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tercampak keluar dari kenderaan itu," katanya di sini.
Mangsa berasal dari Kampung Mempateh, Lanchang dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bedah siasat. #sumber