KEADILAN Sambut Baik Respons SPR Tentang Guna Logo Tunggal kabarmalay3.blogspot.com


KEADILAN menyambut baik kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah bahawa suruhanjaya itu tiada halangan jika Pakatan Harapan menggunakan logo KEADILAN dalam pilihan raya umum ke-14.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata penggunaan logo tunggal itu mengangkat semangat setiakawan antara parti-parti Harapan.

“KEADILAN mengulangi kesediaan kami membenarkan penggunaan simbol atau lambang PKR bagi kesemua calon Pakatan Harapan yang akan bertanding dalam PRU14.

“Kesediaan kami ini adalah berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan di antara semua parti dalam Pakatan Harapan untuk membawa perubahan demi Malaysia yang lebih baik,” jelas dalam kenyataannya.

Mohd Hashim semalam dilapor berkata SPR tidak akan menghalang penggunaan logo tunggal KEADILAN bagi mewakili parti dalam gabungan Pakatan Harapan.

Kenyataan itu dibuat selepas Pengerusi Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan yang SPR enggan bertemu dengan Harapan untuk berbincang tentang logo itu. #sumber

Subscribe to receive free email updates: