Sharkar: PRU14, Letak Calon Luar Di Temerloh Bukti PH Tidak Ikhlas kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: Keputusan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon luar bertanding di Temerloh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jelas menunjukkan niat sebenar pembangkang yang bukan mahu berkhidmat kepada rakyat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pakatan pembangkang itu hanya mahukan platform atau batu loncatan kerusi Parlimen Temerloh untuk mereka berucap di Parlimen berbanding mahu memberi khidmat kepada rakyat.

Beliau berkata sepanjang lima tahun lalu, rakyat boleh menilai sendiri kegagalan pembangkang dalam memberi perkhidmatan terutama ketika musibah banjir besar yang melanda daerah ini serta banyak lagi perkhidmatan yang gagal diberikan kepada rakyat.

"Hanya orang tempatan yang tahu apa sebenarnya diperlukan oleh rakyat sama ada dari sudut pembangunan infrastruktur, keceriaan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi bekas Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Kuala Semantan (Pintas) Saleh Harun yang meninggal dunia di sini hari ini. #sumber

Subscribe to receive free email updates: