KEADILAN Mendesak SPR Umum "Jumlah Pengundi Pos" Pelabagai Kategori kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bilangan sebenar pengundi pos pelbagai kategori.

Ia termasuk bilangan pengundi pos di luar negeri mengikut negara, pemilih pos yang menjadi penjawat awam kategori 11 jabatan yang diwartakan serta petugas-petugas media.

Presiden KEADILAN merangkap calon timbalan perdana menteri Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Ismail juga menuntut SPR menjelaskan mekanisme untuk menjamin pengundian pos tidak terdedah kepada penipuan dan manipulasi.

Ini khasnya mekanisme bagi memantau sampul undi pos benar-benar diterima oleh pengundi pos dan dipangkah oleh mereka.

“Sehubungan itu, saya menggesa supaya SPR mewujudkan mekanisme aduan bagi membolehkan mana-mana pengundi pos bagi membuat aduan jika mereka tidak menerima sampul undi pos mereka,” katanya dalam kenyataan. #sumber

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :