Pekeliling itu menyatakan bahawa pekerja TM tidak boleh memainkan peranan selaku warga negara Malaysia untuk menjadi perayu undi, agen mengundi dan agen pengira bagi mana-mana parti politik.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, larangan para pekerja untuk terlibat dalam kempen pilihanraya sama ada menjadi perayu undi, agen mengundi dan agen pengira bagi parti-parti politik adalah tindakan yang bertentangan dengan hak berpersatuan dan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 10 Perlembangaan Persekutuan memperuntukan hak kepada semua rakyat Malaysia untuk bebas bersuara dan berpersatuan selagi tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Saya percaya ramai tidak faham, sejak bila pula penglibatan dalam proses demokrasi yang dijamin perlembagaan dan undang-undang menjadi seasuatu yang mengancam keselamatan negara.
Adakah TM kini sudah menjadi sebahagian dari gerakan yang sedang giat berusaha untuk menyusahkan warga Malaysia daripada melaksanakan tanggungjawab demokratik mereka? Kita dapat melihat kebelakangan ini, kenyataan-kenyataan menteri dan jentera Barisan Nasional seolah-olah mengarapkan tidak ramai terlibat dalam proses pilihanraya lebih-lebih lagi sebagai seorang pengundi.
Jika TM sebenarnya sudah menjadi sebahagian dari gerakan ganggu demokrasi berparlimen, mengapa tidak TM keluarkan saja pekeliling menyuruh agar pekerja-pekerjanya tidak boleh mengundi terus? Saya percaya, para pemimpin Barisan Nasional yang seboleh-boleh tidak mahu ramai keluar mengundi bergembira jika TM bertindak sedemikian.
Saya menyeru pekerja TM supaya tidak mudah digertak oleh mana-mana anasir gerakan ganggu demokrasi berparlimen kerana ianya jelas bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara kita.
Kepada semua pekerja TM, saya sisipkan apa yang Tun Mahathir pesankan ketika konvensyen Pakatan Harapan 2018, “Berani-beranilah!” #sumber
## Edry Faizal Eddy Yusof adalah Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ahli Majlis; Majlis Perbansaran Selayang