Dari ‘"Mata Turun Ke Hati", Rara Ingatkan Rakyat "Pangkah" Logo PKR ! kabarmalay3.blogspot.com


“Nampak logo mata, orang Melayu kata apa? Dari mata turun ke hati, dia jatuh cinta.

“Jadi nanti hari mengundi, nampak kertas undi, nampak logo mata terus pangkah.”

Demikian seruan Young Syefura Othman kepada orang ramai, ketika berceramah di Pontian, Johor, malam tadi; menjelaskan penggunaan logo ‘mata’ PKR sebagai lambang bersama Pakatan Harapan.

Penolong Setiausaha Wanita DAP itu bakal bertanding di DUN Ketari, Pahang dalam pilihanraya kali ini.

Menyertai DAP pada Julai 2014, Rara pernah dipertanggungjawabkan mengetuai misi Impian Kelantan, program usahasama antara DAP dan pertubuhan NGO negeri tersebut bagi memulihkan penempatan yang musnah akibat banjir lumpur pada penghujung tahun tersebut.

Di bawah pimpinan beliau, Kampung Pasir Tumboh di daerah pedalaman Gua Musang kembali pulih dalam tempoh lima bulan sahaja. 30 buah rumah berjaya dibina semula dan 50 buah rumah lagi berjaya dibaikpulih.

Projek tersebut  merupakan satu-satunya Projek Pemulihan Pasca Banjir yang berjaya disiapkan sepenuhnya sebelum bulan Ramadhan 2015 dan Kampung Pasir Tumboh menjadi satu-satunya kampung yang mana penduduknya dapat berpuasa dan menyambut Aidilfitri dalam rumah masing-masing selepas ditimpa banjir.

Anak kelahiran Lumut, Perak ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh sebelum melanjutkan pengajian di WindField International College, Kuala Lumpur dalam bidang kejururawatan.

Beliau yang turut berpengalaman sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang, turut kerap terlibat dalam aksi-aksi memperjuangkan isu-isu ekonomi dan demokrasi sehingga pernah ditahan dan didakwa di bawah Akta Rusuhan dan Akta Perhimpunan Awam ketika Demonstrasi Tolak GST. #sumber

Subscribe to receive free email updates: