Dua Pusat Pembenihan Udang Galah Akan Di Bini Di Daerdah Rompin kabarmalay3.blogspot.com


ROMPIN: Dua pusat pembenihan udang galah akan dibina di daerah ini bagi memudahkan para nelayan mendapatkan benih haiwan air tawar itu untuk diternak atau dilepaskan ke dalam sungai.

Penyandang kawasan Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin berkata lokasi strategik yang dicadangkan bagi tujuan itu ialah Kampung Gading dan Kedaik di sini, dengan jangkaan peruntukan sebanyak RM100,000 dan berkemungkinan besar boleh dimulakan selepas pilihan raya.

Beliau juga menyifatkan pelaksanaan projek itu sebagai bersesuaian memandangkan Rompin terkenal dengan udang galah dan sering dikunjungi mereka yang ingin menikmati keenakan hidangan sepit biru itu pada hujung minggu, termasuk mereka dari negara jiran.

Hasan berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Pelepasan Benih Udang Galah dan Penyampaian Bantuan Nelayan Daerah Rompin di sini hari ini, yang turut dihadiri penyandang kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan dan Pengarah Perikanan Pahang Azahari Othman.

Hasan melepaskan 150,000 benih udang galah ke dalam Sungai Gading dan menyampaikan sumbangan kelengkapan menangkap ikan kepada nelayan di Rompin. #sumber

Subscribe to receive free email updates: