Bekas Pengerusi Felda, Isa Samad Di Gugurkan Jadi Calon BN PRU14 kabarmalay3.blogspot.com


SEREMBAN: Datuk Seri Mohamad Hasan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu diumumkan beliau semasa Majlis Penyerahan Watikah Kepada Calon-Calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bagi PRU-14 untuk Parlimen dan DUN di kediaman rasmi Menteri Besar di sini sebentar tadi.

Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri merupakan penyandang kerusi tersebut sejak tiga penggal lalu.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Hasan Malek kekal sebagai calon BN, masing-masing bagi kerusi Parlimen Rembau dan Kuala Pilah.

Bagaimanapun, penyandang kerusi Parlimen Jempol yang juga bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad digugurkan dari senarai calon. #sumber


Subscribe to receive free email updates: