Allahyarham Abu Zarin Di Naikkan 'Pangkat' Sebagai Pegawai Bomba Kanan II kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang juga penjinak ular terkenal atau lebih dikenali sebagai Wira Penyelamat, Allahyarham Abu Zarin Hussin dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Bomba Kanan II, berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman kenaikan pangkat Allahyarham Abu Zarin dilakukan Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun Negeri Pahang, di sini.

"Allahyarham diberi kenaikan pangkat berdasarkan sumbangan besar beliau sepanjang berkhidmat dengan jabatan.

"Ilmu mengenai haiwan terutama ular dipelajari allahyarham dengan inisiatif sendiri dan pengalaman yang diperoleh dijadikan rujukan anggota bomba lain," katanya ketika ditemui selepas majlis itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JBPM Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan timbalannya Mohd Sani Harul. #sumber

Subscribe to receive free email updates: