[VIDEO] Lima barang dijual RM1 saja di 'kedai' HARAPAN Johor kabarmalay3.blogspot.com



Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menjalankan program bagi menangani kenaikan kos sara hidup dengan menjual lima barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan dengan hanya mengenakan bayaran RM1.

Dengan hanya RM1, orang ramai dapat membeli 1kg beras dan empat lagi barangan keperluan lain termasuk gula, tepung, minyak masak, krim pekat manis, kopi, teh dan kicap.

Menerusi "Kedai Peduli Rakyat", program ini dimulakan oleh sayap wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor lebih setahun lalu dan kini menjadi sebahagian daripada aktiviti di kawasan luar bandar yang dijalankan HARAPAN.

Program ini dapat mengumpulkan sehingga 50 orang pada satu-satu masa di mana pengguna - kebanyakannya wanita -berkumpul di kawasan berhampiran rumah mereka untuk mendengar ceramah singkat sebelum berbelanja.

Subscribe to receive free email updates: