Tulisan Terkini Tun M: ROBERT KUOK kabarmalay3.blogspot.com


1. Ternampak marah sungguh UMNO kepada Robert Kuok kerana kononnya ia menghulur bantuan wang kepada DAP.

2. Undang-undang manakah yang dilanggar oleh Robert Kuok? Setakat yang saya tahu siapa sahaja boleh bantu mana-mana parti politik. Dahulu UMNO tidak pernah kutuk pembantu-pembantu mana-mana parti. Tetapi sekarang bantu UMNO dan BN boleh. Curi duit untuk piliharaya pun boleh. Tetapi parti lawan tak boleh terima derma pun.

3. Untuk sekat parti lawan dari mendapat bantuan kewangan jentera Kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan badan pencegah rasuah diguna oleh UMNO dan Najib untuk ugut sesiapa yang mungkin bantu parti lawan. Mereka dipaksa bayar cukai pendapatan tambahan yang tidak sah, dituduh kononnya cuba bersih duit (money laundering) walaupun tidak ada bukti. Premis mereka digeledah, buku akaun dirampas. Pasport pun dirampas.

4. Tetapi duit 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun Najib yang dikatakan derma dari orang tidak disiasat, tidak dituduh salah. Sebaliknya A.G. dakwa tidak ada salahlaku oleh Najib.

5. Sekarang Expo diadakan oleh UMNO seluruh negara dengan rumah dan motorsikal sebagai hadiah nombor bertuah. Diadakan apabila pilihanraya dekat menjadikan agihan ini satu jenis rasuah. Tetapi tidak ada siasatan oleh MACC atau polis.

6. Rakyat, pengundi perlu sedar duit dan hadiah ini bukan dari UMNO atau Najib. Ada bukti yang duit ini diseleweng dari duit 1MDB. Duit Kerajaan juga terlibat. Peruntukan untuk Kementerian dan pentadbiran dipotong dan diguna untuk tumbuk rusuk pengundi.

7. Duit Kerajaan datang dari cukai ke atas rakyat – seperti GST umpamanya. Ini bermakna UMNO dan BN sapu duit cukai yang dibayar oleh rakyat untuk sogok rakyat. Ini adalah penipuan besar.

8. Rakyat boleh ambil balik duit mereka yang disalahguna oleh Najib dan UMNO. Tetapi jangan bagi undi kepada BN. Apa sebab kita nak terhutang budi apabila duit kita dibagi balik kepada kita.

9. Nampak jelas PAS pun terima duit dari Najib. Tanya Nik Abduh. PAS bertanding bukan untuk menang. PAS bertanding untuk tarik undi penentang UMNO supaya tidak pergi kepada PH.

10. PAS kafirkan UMNO. Kata PAS kalau bekerjasama dengan kafir akan jadi kafir. Sekarang kerjasama PAS dengan UMNO bukan untuk kemenangan PAS. Ia untuk kemenangan UMNO.

11. Kalau kerjasama dengan kafir jadi kafir, PAS jadi apa apabila tolong UMNO menang. Dahulu PAS kerjasama dengan DAP. Tahaluf Siyasi konon. Tukar perkataan Melayu kepada Arab tidak menjadi sesuatu yang salah tidak salah.

12. Jangan undi Bulan. Tolak kati (dacing) dan bulan untuk selamat negara. Dacing dan bulan adalah simbol penipuan.

Subscribe to receive free email updates: