'Trend Pendapatan Bulanan' Bagi Graduan Malaysia Yang Terburuk Dalam 10 Tahun kabarmalay3.blogspot.com


Berdasarkan Laporan Kajian Pengesanan Graduan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, trend pendapatan bulanan graduan Malaysia pada tahun 2017 lebih parah berbanding tahun-tahun sebelumnya dan paling teruk dalam tempoh 10 tahun.

Trend pendapatan bulanan graduan universiti peringkat Ijazah pertama pada 2017 mencatatkan kejatuhan ketara sebanyak 84.89 peratus bagi graduan yang berpendapatan RM3,000 dan keatas.

Graduan berpendapatan RM2,000 dan ke bawah pula telah mengusai lebih separuh atau 55 peratus kelas pendapatan bulanan graduan bagi ijazah pertama.

Senario yang berlaku ini bukan sahaja parah pada segmen lepasan Ijazah pertama, malah berlaku pada segmen lepasan PhD.

Peratusan mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke atas telah jatuh dengan signifikan daripada 88.9 peratus kepada 43 peratus.

Bertentangan dengan itu, semakin ramai pula lepasan PhD yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah sebanyak 19.7 peratus berbanding 2.7 peratus pada tahun 2016 dan 0.5 peratus pada tahun 2008.

Bagi pemegang sijil dan diploma, semakin ramai yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah, dan semakin besar mereka yang berpendapatan RM2,500 dan ke atas semakin mengecil.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil, meskipun kerajaan BN cuba berbangga dengan pengumuman 1.9 juta pekerjaan yang dicipta sejak tahun 2010 sehingga 2016, realitinya jauh berbeza.

“Ironinya, tahun lepas Datuk Seri Najib Razak berbangga dengan pengumuman 1.9 juta pekerjaan telah dicipta sejak 2010 sehingga 2016 di bawah Program Transformasi Nasional.

“Malangnya, pengumuman tersebut telah dinafikan oleh Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016 yang menunjukkan bahawa pengangguran anak muda adalah tertinggi dalam sejarah (10.7%) lebih tiga kali ganda kadar purata pengangguran nasional (3.1%),” katanya dalam kenyataan.

Kata Faiz, generasi muda hari ini bukan sahaja akan terus tersepit dalam dilemma format ekonomi buatan Najib Razak (Najibnomics) malah  akat terus berada dalam dilema ‘rompakan’ wang rakyat yang bermaharajalela.

Lebih menyedihkan adalah sikap berdiam diri kerajaan membanteras ‘kleptokrat yang bermaharajalela dengan kapal mewah berbillion ringgit, Equanimity yang dibeli menggunakan wang rakyat.’

“Apa cerita tuan perdana menteri? Cukup-cukuplah bersandiwara di mata rakyat dengan nombor penyedap telinga yang jauh tersasar pada realiti yang dihadapi rakyat.

“Mungkin perdana menteri Malaysia tidak perasan, sebab makanan ruji beliau pun jauh lebih mahal dari rakyat jelata,” katanya lagi. #sumber

Subscribe to receive free email updates: