Rais mula DITEKAN LETAK JAWATAN lepas serang Jho Low kabarmalay3.blogspot.com


Penasihat sosiobudaya kerajaan Tan Sri Rais Yatim mula mendapat tekanan meletakkan jawatan susulan siri tweet beliau berkaitan hartawan kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz hari ini secara terbuka membuat gesaan itu di Twitter hari ini.
Silalah letak jawatan jika tidak boleh bertindak sebagai menteri dan menggunakan saluran yang betul,” katanya.
Rais terlibat dalam pertikaian dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang dilihatnya pantas membela Jho Low.
Bagi veteran Umno itu, Malaysia sudah cukup menjadi objek sindiran dunia akibat Jho Low yang disifatkannya sebagai “pemutar alam”.

Seperti pembangkang, beliau juga mendakwa “berbilion ringgit wang negara lesap”.
Pertelingkahan itu muncul selepas polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) merampas kapal mewah RM1 bilion yang didakwa diperoleh menggunakan dana berpunca daripada 1MDB.
Salleh berkata tiada bukti menunjukkan kapal itu milik Jho Low. Bagaimanapun Jho Low sendiri melalui jurucakap menyifatkan tindakan itu bermotifkan politik.
Jabatan Keadilan (DOJ), AS percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah diseleweng dan dicuci melalui sistem kewangan negara luar, termasuk AS.

DOJ sedang berusaha menyita aset AS$1.7 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB. Syarikat pelaburan negara itu bagaimanapun menafikan wangnya diseleweng. - MK

Subscribe to receive free email updates: