Pengarah Perhilitan Pahang Ahmad Azhar Mohammed berkata sebaliknya, pemeriksaan dilakukan mendapati gambar yang tersebar itu sebenarnya dipercayai telah dirakam di India dan diambil daripada Internet sebelum disebarkan.
"Hari ini saya dimaklumkan ada pihak menggunakan gambar yang sama dan mendakwa harimau itu ditemui di Mersing, Johor pula," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Ahmad Azhar berkata pihaknya telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki kononnya telah ternampak kelibat harimau berkenaan di tepi jalan berhampiran Lepar, namun tiada sebarang bukti yang dapat menyokong dakwaannya itu.
"Bagaimanapun kita telah mengambil tindakan susulan dengan melakukan tinjauan di kawasan terbabit serta memasang beberapa kamera perangkap bagi mengumpul maklumat."
Katanya, anggota Perhilitan juga telah dihantar bagi menjejak kesan harimau di kawasan terbabit sejak Sabtu lepas dan akan terus melakukan pemantauan dalam tempoh satu minggu. #sumber