Penjawat Awam Yang Tak Terlibat "Pilihan Raya Umum Ke-14" Bebas Bercuti kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Cuti penjawat awam yang tidak terlibat secara khusus dengan pilihan raya umum 14 (PRU14) tidak dibekukan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Beliau berkata tiada sebab untuk menghalang kakitangan awam bercuti termasuk untuk ke luar negera disebabkan PRU14.

"Bagaimanapun sektor perkhidmatan awam yang terbabit secara langsung dengan PRU14 seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tertakluk kepada jabatan masing-masing untuk sebarang urusan permohonan cuti.

"Kami tak keluarkan arahan untuk beku cuti kepada kakitangan awam tapi kalau yang terbabit dengan pilihan raya umum (secara khusus) sudah tentu mereka terlibat dan sibuk... takkan mereka hendak cuti pula.

"Cuma untuk perkhidmatan lain mereka boleh bercuti seperti biasa tiada masalah dan segala urusan itu atas budi bicara ketua masing-masing," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jangkauan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Zon Timur 2018, di sini, hari ini. #sumber

Subscribe to receive free email updates: