[MEMOHON AMPUN] Nazri Aziz menghadap DYMM SULTAN JOHOR dan DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR kabarmalay3.blogspot.com





Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi hari ini bagi meminta pandangan berkenaan pentadbiran negara untuk masa akan datang.

Memetik Johor Southern Tigers di Facebook, kunjungan Nazri juga untuk memohon ampun kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah berkenan menerima mengadap dan mengampuni Nazri yang sebelum ini mengaitkan baginda dan Tunku Ismail serta Istana Johor dalam isu politik.

"Sebagai manusia biasa kita pasti ada buat silap. Jadi bila sedar sudah silap, cepat-cepatlah minta maaf. Jangan sampai berpecah-belah. Tambahan pula kita orang Melayu sangat beradab. Jika buat salah, datang mengadap dan mohon ampun.
"Apa jua kemelut yang berlaku sebelum ini saya sudah ampunkan dan Tunku Mahkota Johor juga sudah ampunkan," titah Baginda kepada Royal Press Office.

Dalam pertemuan selama hampir sejam, Sultan Ibrahim juga bertitah bahawa baginda amat mementingkan kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negeri melalui perpaduan serta pengukuhan muafakat Bangsa Johor.

Baginda turut bertitah memberi amaran keras kepada segelintir pihak supaya tidak memanjangkan lagi isu ini kerana dianggap sudah selesai.

"Apa yang penting, kita perlu bergerak ke hadapan dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Jangan cuba memecah-belahkan perpaduan yang sudah terbina selama ini," titah Baginda.

Pada 2015, Sultan Ibrahim pernah memberi amaran keras kepada Nazri supaya tidak campur urusan Istana atau membuat kenyataan yang mengaitkan Institusi DiRaja Johor. - MK

Subscribe to receive free email updates: