KIt Siang: "Hebahan: Berita Palsu Adalah "Alat Politik" BN Kekalkan Kuasa? kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Hebahan berita palsu memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan pelbagai tohmahan berbaur fitnah bukan perkara asing bagi tentera siber UMNO-Barisan Nasional.

Segala dakyah itu tidak lain hanya untuk menabur rasa benci dan menyemai ketakutan bagi mengaburi mata rakyat dari segala skandal rasuah dan salah guna kuasa pemimpin UMNO-BN supaya parti itu terus kekal ditampuk kuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Terbaru, kontroversi berita palsu yang disiarkan sebuah portal kendalian blogger Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today melibatkan hartawan Tan Sri Robert Kuok bukanlah fenomena baru.

Portal tersebut juga sebelum ini sering menyiarkan pelbagai maklumat tidak benar untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

“Robert Kuok bukanlah satu-satunya mangsa pembohongan Raja Petra Kamarudin dalam portalnya Malaysia Today.

“Saya sendiri telah menjadi mangsa Raja Petra dalam banyak artikelnya dengan pelbagai jenis dakwaan mengarut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Kit Siang, antara tuduhan jahat yang didakwa ke atas dirinya termasuk kononnya menerima lebih satu billion dari Israel, membiayai portal berita The Malaysian Insight sebanyak RM40 juta, dan menuduh Tun Dr Mahathir memberikannya RM1 bilion supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh menyertai HARAPAN.

“Ada pula tentera siber lain menuduh saya menerima sebanyak RM100 juta daripada Robert Kuok.

“Mungkin saya boleh bertanya kepada Robert Kuok mengapa beliau memberikan saya RM100 juta sedangkan Tun Dr Mahathir telah memberikan saya RM1 bilion?” sindirnya.

‘Kekecohan’ berkaitan Robert Kuok tercetus sejak Februari lalu apabila blogger berkenaan mendedahkan kononnya Kuok mempunyai agenda untuk menggantikan kerajaan sedia ada dengan pembangkang.

Dakwaan palsu itu dimuat naik melalui tiga rencana dalam portal berkenaan berjudul “Robert Kuok wants Chinese rule in Malaysia”, “Malaysian Insight funder fingered” dan “Robert Kuok’s last chance at changing the government”.

Akibat hebahan palsu tersebut, Kuok telah menerima pelbagai kecaman dari pemimpin BN termasuk ada yang mencabarnya untuk masuk bertanding dalam pilihan raya dan menggelarnya sebagai ‘pondan’.

Bagaimanapun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telahpun mengarahkan tiga rencana berkenaan dipadamkan dari portal tersebut setelah didapati melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia semalam.

Ternyata segala dakwaan ‘blogger upahan’ tersebut adalah tidak benar. Persoalannya, bagaimana pula dengan segala serangan jahat dan fitnah tentera siber UMNO yang lain terhadap HARAPAN?. #sumber

Subscribe to receive free email updates: