Kes Saman Nurul Izzah Terhadap Ismail Sabri Kemungkinan Selesai Secara Baik kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah difailkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung dakwaan beliau penderhaka, mungkin diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini.

Perkara itu dimaklumkan peguam R. Sivarasa, yang mewakili Nurul Izzah kepada pemberita selepas bertemu Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin di dalam kamarnya hari ini yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub dan Zureen Elina Mohd Dom bertindak bagi pihak Ismail Sabri dan seorang lagi defendan iaitu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sivarasa berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak, namun ditangguhkan selepas pihaknya dimaklumkan bahawa defendan kedua (Ismail Sabri) cuba menyelesaikan kes berkenaan dengan anak guamnya.

Peguam itu berkata mahkamah menetapkan 19 Mac untuk mengetahui perkembangan lanjut berhubung penyelesaian kes berkenaan dan tarikh sama ditetapkan bagi mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak.

Normastura pula berkata perbincangan mengenai penyelesaian kes itu hanya membabitkan menteri berkenaan manakala kes terhadap defendan pertama (Khalid) masih diteruskan. #sumber

Subscribe to receive free email updates: