Keluarga Tinggal "Dalam Bangsal", Di Pindah Ke "Kuarters PAIP" Buat Sementara kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Empat beranak yang tinggal di bangsal di ladang sawit Felda Bukit Sagu akan berpindah ke Kuarters Pengurusan Paip Pahang Berhad (Paip) di Felda berkenaan sehingga mendapat tempat tinggal yang sesuai.

Keputusan itu dibuat selepas Adun Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berbincang dengan pegawai PAIP daerah, petang semalam.

Md Sohaimi berkata , beliau meninjau keadaan keluarga tersebut yang tinggal di bangsal itu sejak dua bulan lalu."Kita sudah minta mereka berpindah secepat mungkin (semalam).

"Soal rumah , kita akan melihat bantuan sewajarnya selepas ini," katanya ketika melawat keluarga itu ,semalam.

Isnin lalu, media menyiarkan kedaifan  pasangan suami isteri, Zahar Che Hassan, 24, dan  Nor Ain Fazila Ramli, 24, yang tinggal sebuah bangsal di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Bukit Sagu.

Susulan situasi itu, Jabatan Kebajikan Daerah menjalankan siasatan sebelum memutuskan memberi bantuan bulanan kepada dua anak mereka berjumlah RM200 sehingga bapa mereka mendapat pendapatan yang cukup.

Hasil soal siasat JKM juga mendapati pasangan itu mengalami konflik keluarga. #sumber

Subscribe to receive free email updates: