KUALA ROMPIN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melawat mangsa banjir di daerah ini, hari ini .
Turut berangkat Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Baginda melawat mangsa banjir di Balai Raya Kampung Sepayang dan menyerahkan sumbangan.
Setakat jam 12 tengahari tadi, seramai 633 mangsa daripada 168 keluarga di daerah Rompin berada di sembilan pusat pemindahan sementara. #sumber