Kekalkan William Leong di Selayang, tuntut ahli PKR kabarmalay3.blogspot.com

 
Gesaan itu dibuat kerana yakin dengan prestasi pemimpin yang pernah keluar daripada Biro Politik PKR itu.


Ahli PKR Selayang di ibu pejabat parti di Petaling Jaya bagi menyerahkan memorandum kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan).
Ahli PKR Selayang di ibu pejabat parti di Petaling Jaya bagi menyerahkan memorandum kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan).


PETALING JAYA: Ahli PKR dari Selayang hari ini menyerahkan memorandum kepada presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, supaya mengekalkan William Leong Jee Keen untuk bertanding di kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Mereka berkata Leong, yang pada Ogos tahun lalu meletak jawatan daripada biro politik PKR kerana kecewa dengan keputusan meneruskan rundingan dengan PAS ketika itu, mempunyai prestasi baik sejak memenangi kerusi itu pada 2008.

Wan-Azizah-Wan-Ismail-memorandum-1-m

“Kami ahli PKR cabang Selayang dan juga 38 NGO parlimen Selayang dengan ini memberi jaminan akan terus menyokong pencalonan semula William Leong sebagai calon bagi kerusi Selayang pada PRU14,” kata kumpulan di ibu pejabat PKR di sini.

Menurut memorandum itu, Leong seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan berkhidmat kepada semua tanpa mengira agama, kaum dan ideologi politik.

“Kami harap presiden parti dan puncuk pimpinan PKR akan terus mengekalkan William sebagai calon Parlimen Selayang,” kata wakil PKR Selayang, Saharuddin Abu Bakar.

Pada pilihan raya 2013, Leong memenangi kerusi Selayang dengan majoriti 17,958, menewaskan calon BN dari MCA, Datuk Donald Lim Siang, dan calon Berjasa, Hazizi Rahman.

Saharuddin bagaimanapun menafikan serahan memorandum hari ini kerana sudah ada calon lain dinamakan.

Menurutnya, gesaan dibuat kerana ketika meletak jawatan dari bir politik pada Ogos lalu, Leong pernah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding.

“Bagaimanapun, terpulang kepada pucuk pimpinan, siapa yang dicalonkan nanti kita sokong. Tapi dalam keadaan sekarang ini, pihak kami peringkat bawahan ingin beliau kekal di Selayang,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: