SPR nafi pindah pengundi Kem Mahkota dalam Parlimen Sembrong kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan pernah menerima sebarang permohonan baru daripada pihak tentera untuk mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih atau membuka lokaliti baru di Kem Paloh, Johor dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku keempat tahun 2017.
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, dakwaan pihak tertentu kononnya wujud pemilih baru dikalangan anggota tentera dan pasangan mereka didaftarkan di Kem Paloh yang dipindahkan dari Kem Mahkota dalam Parlimen Sembrong adalah tidak benar sama sekali.
"Pihak-pihak yang berkepentingan boleh membuat semakan pada Rang DPT bagi Suku Keempat Tahun 2017 yang sedang dipamerkan bermula pada 17 Jan sehingga 30 Jan 2018 di tempat-tempat pameran yang berdekatan," katanya.
Pada Disember lalu, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menafikan dakwaan bahawa satu kem tentera akan dibina di kawasan Parlimen Sembrong.
Susulan itu, Ketua Pemuda Umno Sembrong Onn Hafiz Ghazi tampil membidas kenyataan berkenaan dan menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen Kluang itu berniat jahat dan sengaja manipulasi jawapan Hishammuddin mengenai pembinaan kem tentera di Sembrong.
Katanya lagi, kenyataan itu juga bertujuan mengelirukan dan mengikis kepercayaan rakyat terhadap Ahli Parlimen Sembrong berkenaan.
Onn Hafiz berkata, Chin Tong boleh mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri jika masih ragu dan mengelakkan prasangka.
Onn Hafiz juga Setiausaha Politik Menteri Pertahanan.

Subscribe to receive free email updates: