________________________________________
BERITA seorang lelaki keturunan Melayu mendirikan rumah tangga dengan pasangan sejenisnya di Australia ini jadi petanda parahnya gejala LGBT ini sudah di kemuncaknya.
.
Berita perkahwinan sejenis lelaki bernama Afham Janil itu telah jadi bualan netizen di Malaysia setelah gambar-gambar beliau dan pasangannya tersebar di laman-laman media sosial, termasuk OhMyMedia.
.
Berita perkahwinan itu turut mendapat liputan ‘Northen Territory News’. Afham dan pasangannya, Keith Edwars dilaporkan sebagai pasangan pertama yang melangsungkan perkahwinan LGBT di Australia.
.
Diberitakan sebelum terpesong dalam perangkap LGBT, Afham merupakan seorang lelaki yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Gambar beliau di tanah suci Mekah turut tersebar. Malangnya beliau berubah sepenuhnya setelah tinggal di luar negara.
.
Bertemakan Cowboy, pasangan ini lengkap mengenakan sut, topi dan boot hitam. Majlis turut dihadiri beberapa kenalan terdekat mereka.
.
“Masyarakat tidak memandang negatif terhadap kami walaupun kami berpegangan tangan, berpelukan,” kata Keith Edward.
.
Difahamkan, Afham telah bertindak menyahaktifkan semua akaun media sosialnya dan memutuskan hubungan dengan rakan-rakan dan kenalan di alam maya.
.
Berita ini benar-benar menggemparkan masyarakat Islam seluruhnya. Bencana yang telah Allah berikan terhadap kaum Luth dan wasiat Rasulullah s.a.w. terhadap gejala LGBT ini benar-benar tidak diperduli.
.
Salah satu motif perkahwinan ialah untuk mengembangkan zuriat agar generasi tidak pupus. Bagaimana mungkin perkahwinan sejenis boleh mencapai matalamat ini?
.
Ibubapa serta pemimpin negara dan masyarakat Islam sudah tidak lagi boleh memandang sepi akan ‘bencana’ sosial ini. Kejahilan melampau umat ini telah membawa mereka mengikuti cara hidup yang songsang dan menyimpang jauh dari fitrah alam aturan Allah.
.
ALLAHUMMA SALAAMATAN FIDDIEN
Warga Rpwp
WARGA PRIHATIN
KREDIT: OhMyMedia