Dua maut, dua cedera kereta bertembung lori tiga tan kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Dua lelaki maut manakala dua cedera selepas kenderaan jenis Toyota GL yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Jalan Lagud Seberang, Tenom dekat sini pagi tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, mangsa, William Eng Vui Yang, 27, dan Eng Vui Ying, 26, disahkan mati di lokasi kejadian kerana dipercayai tersepit.
 
Sementara itu, dua lagi mangsa yang menaiki kenderaan terbabit, Fo Ket Tang, 27, dan Wilson Eng Vui Quan, 26, pula masing-masing mengalami kecederaan parah dan ringan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
 
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, seramai lapan anggota dan sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9 pagi.
 
“Sebaik sahaja tiba di sana, kami mendapati keempat-empat mangsa tersepit di dalam kereta itu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.
 
“Dua daripada mereka disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lagi mengalami kecederaan,” katanya dilapor Utusan Malaysia.
 
Sehubungan itu, semua mangsa dihantar ke Hospital Tenom dekat sini untuk tindakan lanjut.
 
Punca kejadian masih dalam siasatan.
 
 

Subscribe to receive free email updates: