Mangsa ragut maut selepas seminggu koma kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Selepas koma lebih seminggu, seorang suri rumah, Maria Erianty Zakaria yang menjadi mangsa ragut di Machang pada 11 Januari lalu, akhirnya menghembuskan nafas terakhir.
 
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia, (HUSM) Kubang Kerian jam 9.30 pagi tadi.
 
Allahyarhama yang berusia 40 tahun mengalami pendarahan dalam kepala akibat terjatuh dari atas motosikal dan kepalanya terhantuk batu dalam insiden ragut itu, dan telah menjalani pembedahan membuang darah beku pada 12 Januari lalu.
 
Allahyarham meninggalkan empat orang anak berusia dari 12 hingga 21 tahun dan suami, Mohd Zairie Mohamad Zain, 48 tahun yang juga seorang kakitangan Universiti Teknologi Mara, Machang.
 
Dalam kejadian jam 6.30 petang 11 Januari lalu, mangsa yang sedang menunggang motosikal sendirian, diekori suspek yang merupakan adik beradik sejauh dua kilometer dari Kampung Sri Rebana menghala ke Kampung Wek.
 
Setiba di lokasi, salah seorang suspek meragut beg tangan mangsa yang diletak dalam raga motosikal. 
 
Mangsa koma kerana cedera parah di kepala dan patah tangan kiri akibat terjatuh dari motosikal.
 
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani, suspek berusia 26 tahun dan 14 tahun ditahan sejurus kejadian dan positif dadah jenis methamphetamine.
 
 

Subscribe to receive free email updates: