Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abd Jabar berkata, ini dikuatkan lagi dengan sokongan pengundi muda sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, PAS bersama Gagasan Sejahtera (GS) bertanding sebagai sebuah kerajaan menunggu berbanding Pakatan Harapan (Harapan) yang majoritinya disertai parti-parti serpihan yang baru setahun jagung ditubuhkan dan dipenuhi dengan pelbagai masalah dalaman masing-masing.
"PAS mempunyai pengalaman mentadbir Kelantan yang terbukti unggul tanpa sebarang kecacatan rasuah dan salah guna kuasa di sepanjang pentadbirannya yang diasaskan dengan cemerlang oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz berbanding Harapan yang pemimpinnya mempunyai sejarah buruk di sisi rakyat diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
"DAP yang baru memasuki dua penggal memerintah Pulau Pinang pula namun terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
"Keazaman PAS untuk mendirikan sebuah pemerintahan yang berasaskan Islam dengan kehidupan sejahtera bersama Islam adalah kekuatan yang mesti diterima rakyat bagi membetulkan sistem dan salah laku kerajaan semasa yang kelihatan tiada penghujungnya," katanya menerusi kenyataan semalam menjawab tohmahan Harapan, PAS parti spoiler.
Rosli berkata, PAS menentang Umno-BN bermula kewujudan pilihanraya di Malaysia dengan keazaman untuk mengajak seluruh masyarakat dan rakyat kepada cara hidup Islam yang penuh berkasih sayang dan membangun progresif tanpa rasuah dan maksiat bagi kebaikan semua kaum.
Beliau berkata, hakikatnya Harapan yang menjadi parti spoiler semata-mata demi sebuah cita-cita politik dan impian yang tidak kesampaian tanpa hala tuju dan dasar yang jelas.
"Kewujudan Harapan juga dilihat sebagai 'Spoiler' dalam usaha Pas untuk mengislahkan negara dan masyarakat melalui sistem politik Islam, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan bersifat menentang dan juga cuba mengelirukan masyarakat terhadap Islam.
"Tun Mahathir yang sejak dahulu mengeluarkan kenyataan yang sentiasa mengelirukan, DAP pula secara jelas menghalang pemerkasaan Mahkamah Syaria'ah melalui RUU 355, tepuk rentak mereka disambut pula dengan tarian meriah oleh PKR dan Amanah.
"Sikap sinis mereka terhadap Islam juga menimbulkan keresahan dan mencetuskan kemarahan umat Islam Malaysia sekaligus menimbulkan ketidakselesaan masyarakat lain sama ada Cina dan India kerana bukan semua Cina dan India itu DAP, sebagaimana tidak semua Melayu itu UMNO dan PAS.
"Saya yakin masyarakat Cina dan India juga memiliki naluri cintakan kedamaian dan pastinya tidak selesa dengan cara DAP dan yang sewaktu dengannya," katanya.
Rosli berkata, jika diukur dengan kekuatan parti, Harapan lah yang paling 'spoiler' , jenteranya lemah, cawangan terlalu sedikit dan sebahagiannya hanya ada nama sahaja tapi ahlinya tiada, sedangkan faktor ini adalah faktor paling asas untuk mengukur kekuatan.
"Ini menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya 'spoiler'. Mereka tidak masuk pilihanraya dengan kekuatan yang selayaknya untuk menang, hanya untuk jadi pengacau sahaja khususnya untuk menghalang PAS dari menjatuhkan UMNO, ini menunjukkan bahawa Harapan adalah tongkat BN/UMNO sebenarnya.
"Pas yakin rakyat yang sudah muak dengan UMNO juga tidak akan memilih parti yang kelihatan sama sikapnya dengan UMNO, sikapnya terhadap Islam dan palitannya dengan dakwaan rasuah, pemfitnah, diskriminasi terhadap rakyat dengan menyekat bantuan kepada wakil rakyat Pas cukup untuk menjelaskan bahawa "Harapan is the legacy of BN's struggle," katanya. #sumber