Mangsa banjir Terengganu meningkat kepada 2,159 orang kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 2,159 orang berikutan pemindahan sejumlah lagi mangsa membabitkan daerah Kemaman awal pagi ini.
 
Peningkatan itu susulan pertembungan fenomena air pasang besar dan air hulu sungai Kemaman yang melimpah meskipun hujan dilaporkan sudah berkurangan. 
 
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman memberitahu, Kemaman mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,819 mangsa daripada 427 keluarga yang ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS).
 
Katanya, setakat pukul 8 pagi ini, PPS yang dibuka adalah di Dewan Orang Ramai Telada, surau Haji Othman Kampung Seberang Tayor Hulu, surau Kampung Ban Ho, pusat pemindahan Kampung Pasir Gajah, surau Pulau Tempurung, Dewan Orang Ramai Batu 14, Masjid Kampung Batu 16 dan Masjid Kampung 14.
 
“PPS laim adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, Dewan Orang Ramai Felda Seberang Tayor, SK. Chukai, PPS Lubuk Megat, SK Binjai, Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan SK Seri Iman.
 
“Mangsa di Dungun pula seramai 206 orang yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
 

Subscribe to receive free email updates: