Mangsa banjir di Johor mulai menurun kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin pulih apabila setakat ini hanya 184 mangsa daripada 49 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
 
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor, Kolonel (PA) Mat Zin Bujang, berkata keadaan banjir di Johor makin pulih berbanding 254 mangsa daripada 74 keluarga ditempatkan di lima PPS, malam tadi.
 
Katanya dipetik BH Online, seramai 161 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di Balairaya Kampung Air Merah dan Sekolah Agama Pengkalan Batu di Mersing.
 
"Seramai 23 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Mensudut Lama di Segamat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
 

Subscribe to receive free email updates: