Tuan Ibrahim: Peguas PAS Ambil Pil Kuda, Ku Nan Jangan Mengarut ! kabarmalay3.blogspot.com


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepis Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai mengarut, berhubung dakwaan petugas PAS mengambil “pil kuda” semasa pilihan raya umum ke-13.

Beliau menyarankan setiausaha agung Umno itu membuat laporan polis jika ada bukti petugas parti Islam itu mengambil pil kuda 5 tahun lalu.

“PAS kesal dengan tuduhan liar yang tidak berasas itu. Petugas seluruh negara bekerja keras siang malam bagi menumbangkan Umno-BN dan memenangkan PAS atas rasa tanggungjawab, bukan seperti yang dituduh,” katanya.

Beliau menjawab laporan yang mengatakan Tengku Adnan mendakwa petugas PAS mampu bekerja berterusan tanpa tidur selama 2-3 hari kerana “pil kuda”.

Tangku Adnan berkata demikian kejadian itu diketahuinya ketika berdepan calon PAS ketika itu, Husam Musa, di Putrajaya.

Tuan Ibrahim berkata pasukan undang-undang PAS akan mengkaji kenyataan Tengku Adnan itu dan seterusnya mengemukakan cadangan tindakan yang boleh diambil terhadapnya.

“Sebarang gangguan dan fitnah hanya akan menambahkan semangat juang dikalangan petugas parti,” katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :