Presiden PRS Tan Sri James Masing mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas PRS di pejabat parti itu di sini malam ini.
Entulu, yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah penyandang kerusi parlimen Selangau, manakala Nyalau adalah penyandang kerusi parlimen Lubok Antu.
Tiga lagi yang dipecat ialah Nyempah Sabot, Edward Kurik dan Adriana Chumang Nyambung yang dikatakan bersubahat.
Masing berkata jawatankuasa khas yang bermesyuarat malam ini memeriksa dan mendapati kelima-lima mereka bertindak mengingkari keputusan parti mengenai calon-calon yang ditetapkan untuk bertanding atas tiket PRS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). #sumber