SPRM Mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Yang Di Tahan "Positif" Syabu ! kabarmalay3.blogspot.com


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorangKetua UMNO Bahagian  ditahan di Kuala Lumpur, semalam selepas didapati positif dadah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata Ketua UMNO Bahagian bergelar “Datuk” itu ditahan dalam satu operasi polis bersama SPRM di sebuah pusat karaoke di Jalan Imbi, kira-kira 2 pagi Isnin.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pemimpin UMNO itu, tetapi mengesahkan individu itu positif dadah jenis methamphetamine (syabu).

“Ada seorang ahli politik yang berpangkat Datuk, saya tak nak sebut nama, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian  di Kuala Lumpur, ditangkap dalam satu operasi bersama SPRM dan polis baru-baru ini (semalam).

“Dalam tangkapan itu, saya difahamkan saringan ujian air kencingnya menunjukkan positif dadah,” katanya ketika ditanya mengenai laporan media berhubung penahanan Ketua UMNO Bahagian itu.

Azam berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, difahamkan ketua Umno bahagian itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Isnin pagi biasa kita buat operasi bersama polis dan tangkapan itu ada orang lain juga, lebih kurang 8 orang (ditahan), salah seorang kKetua UMNO Bahagian itu.”  #sumber

Subscribe to receive free email updates: