Ramai Pihak Terkejut, Wan Azizah Tinggalkan Majlis Sebelum Azmin Berucap ! kabarmalay3.blogspot.com


PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan majlis pelancaran jentera PKR Seberang Jaya hari ini sejurus sebelum Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap.

Akibat tindakan itu, sekumpulan wartawan yang membuat liputan bergegas mendapatkan Wan Azizah.

Wan Azizah yang ketika itu sudah masuk ke dalam kereta, memaklumkan beliau terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan parti.

Berkenaan senarai calon oleh Mohamed Azmin yang menjadi isu hari ini, Wan Azizah berkata, parti itu mempunyai ujian saringan terakhir sebelum keputusan muktamad.

Sebelum ini, hubungan Wan Azizah dan Mohamed Azmin dikatakan tegang apabila Wan Azizah dikatakan menolak senarai calon PKR yang akan dicadangkan Menteri Besar Selangor itu. #sumber



Subscribe to receive free email updates: