Pertahankan Kerusi P088 Temerloh, PAS Kuala Semantan Dekati kaum Tionghua kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: PAS Dun Kuala Semantan terus melipatgandakan usaha dan gerak kerja bertemu dengan masyarakat dalam misi mempertahakan kemenangan kerusi Parlimen Temerloh.

Antara digiatkan adalah mendekati kaum Tionghua yang semakin hari menunjukkan reaksi positif dengan sambutan ceria dan memberangsangkan dari komuniti tersebut.

Sehubungan itu, diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Temerloh, Hasanuddin Salim kunjungan khusus telah diadakan kepada masyarakat Cina di sekitar UPU Jalan Bahagia dan UPU Bandar, semalam.

Menurut beliau, pihaknya berharap lawatan sedemikian mengeratkan hubungan PAS dengan masyarakat bukan Islam dan menjadi ruang dakwah memperkenalkan kesempurnaan hidup dan syariat kepada semua.

Kunjungan yang turut disertai Ahli Jawatankuasa PAS Dun Kuala Semantan itu turut menyantuni kalangan keluarga kaum Tionghua dengan sumbangan kebajikan selain edaran Manifesto PAS. #sumber

Subscribe to receive free email updates: