Nurul Izzah mendakwa kononnya Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan parti pembangkang yang bersatu-padu dalam agenda membangunkan seluruh masyarakat Malaysia terutama kaum Melayu yang merupakan majoriti di negara ini.
“Hakikatnya pentadbiran ekonomi BN telah menyeleweng dan mengakibatkan wujudnya jurang kekayaan yang nyata dalam kalangan masyarakat Melayu dan masyarakat luar bandar terbiar.
“Pakatan Harapan nekad mempertingkatkan kemampuan masyarakat Melayu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau dipercayai membuat pemintaan itu berikutan masyarakat Melayu hari ini semakin menyedari Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan pembangkang yang bakal menghakis kepentingan mereka.
Ia beikutan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan berhubung agenda mereka untuk Malaysia sebelum ini.
Antaranya agenda `Malaysian Malaysia’ oleh DAP yang mendominasi Pakatan Harapan jelas mahu semua aspek di negara ini termasuk tentang kaum dan agama disama tarafkan. #sumber