KUANTAN: Mayat mangsa lemas di sungai Kampung Pasir Kubur, Sungai Lembing pagi semalam sudah ditemui tengahari tadi.
Operasi menyelamat yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang telah pun dihentikan sekitar jam 2.00 petang.
Kejadian lemas ini adalah yang kedua berlaku pada bulan yang sama.
Pada 1 April lalu, dua rakan mati lemas selepas dihanyutkan arus di lokasi ini.
Mangsa Muhammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24, dan Dola Kamarudin, 32, dihanyutkan arus sungai yang datang secara mendadak sebelum hilang dihanyutkan arus deras. #PDO