Mayat Dua Mangsa Lemas Sungai Lembing Telah Di Temui Pagi Tadi kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Mayat dua mangsa yang dikhuatiri lemas selepas mandi di kawasan perkelahan Pasir Kubur, Kuala Kenau, Sungai Lembing pada Ahad ditemukan pagi ini selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Pahang Ashrul Riezal Asbar berkata mayat Mohammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24 tahun, ditemukan pada 7.45 pagi tadi iaitu 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

"Mangsa kedua Dola Kamaruddin, 32 tahun dijumpai tersangkut pada kayu dalam dasar sungai, 300 meter dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ashrul Riezal berkata operasi pada hari pertama dan kedua berdepan dengan kesukaran berikutan keadaan air sungai terlalu deras kerana hujan di muara sungai.

Pada masa yang sama, katanya air di Empangan Chereh juga dilepaskan menyebabkan aktiviti selaman dan penggunaan bot untuk mencari mayat mangsa perlu dilakukan berhati-hati. #sumber

Subscribe to receive free email updates: