Keputusan ROS "Lanjut Tempoh" Pemilihan Tak Jadi Isu Status Sah Parti UMNO kabarmalay3.blogspot.com


JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk melanjutkan tempoh pemilihan parti tidak menjadi isu kepada status UMNO sebagai sebuah parti yang sah.

Beliau berkata tindakan ROS itu berdasarkan perlembagaan UMNO.

"Keputusan ROS merupakan kata putus kepada perlembagaan UMNO, jadi ROS telah meluluskan lanjutan tempoh masa pemilihan berkenaan berdasarkan kepada perlembagaan UMNO yang sekarang ini. Jadi tidak timbul isu sama ada orang mengatakan UMNO tidak sah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program bersama masyarakat Tiong Hua di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya hal berkaitan UMNO itu berbeza dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini dibubarkan sementara akibat gagal mengemukakan dokumen yang diminta ROS berhubung minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti itu. #sumber

Subscribe to receive free email updates: