Johan Mat Shah, "Doktor Rakyat" Calon BN Di Parlimen Indera Mahkota ? kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Desas-desus siapakah calon BN yang akan menentang dua calon "giant killer" PAS (Nasruddin Hasan Tantawi) dan PKR (Datuk Saifuddin Abdullah)  di Kerusi Parlimen Indera Mahkota kini kian terjawab. 

Nama yang disebut-sebut berada di kedudukan teratas setakat ini ialah  Pengerusi Biro Kesihatan, Kebajikan dan NGO UMNO Bahagian Indera Mahkota iaitu Datuk Dr Johan Mat Sah. 

Beliau yang cukup dikenali sebagai "Doktor Rakyat" juga sudah mula menggiatkan kempennya mutakhir ini. 

Walau pun pengumuman rasmi masih belum di buat oleh Pengerusi BN Pahang., Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob, namun rata-rata penyokong UMNO sudah menamakan beliau sebagai calon BN untuk merampas semula kerusi Parlimen Indera Mahkota yang sudah dua penggal dikuasai pembangkang (PKR).

Jika benar dakwaan ini, maka sudah pasti pertembungan sengit akan dapat disaksikan di kerusi parlimen itu pada PRU14 ini. Sama-sama kita nantikan pengumumannya. #PDO

Subscribe to receive free email updates: