"Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang ! kabarmalay3.blogspot.com


KUALA KRAU: Seramai 2,161 peneroka Felda Wilayah Jengka di sini menerima insentif peneroka sifar hutang sebanyak RM10.8 juta sekali gus membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji membantu golongan itu dan bukan retorik semata-mata.

Mereka adalah dari 37 rancang­an Felda yang menerima insentif sebanyak RM5,000 seorang.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Ab. Malib Ab. Rani berkata, mereka merupakan antara kira-kira 7,000 peneroka di seluruh negara yang sifar hutang setelah menjelaskan pelbagai jenis hutang dengan agensi pelaksana Felda.

Bagi tujuan itu, katanya, Felda memperuntukkan sebanyak RM35 juta bagi membayar insentif tunai sebanyak RM5,000 kepada setiap peneroka terbabit di seluruh negara.

“Inilah bukti janji Perdana Menteri bukan retorik atau janji palsu sebagai penghargaan Felda kepada peneroka yang sudah bebas daripada hutang.

“Secara relatifnya, peneroka berhutang kos pembangunan tanam semula dengan Felda dan hutang lain seperti skim pinjaman pembesaran rumah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Insentif Peneroka Sifar Hutang Pembangunan dan Tanam Semu­la Felda Wilayah Jengka di Dewan Bakti Felda Seri Pagi Jengka 17, di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail.

Yang turut hadir, Ketua Pene­roka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar; Pengerusi Gabungan Gerakan Wanita (GPW) Wilayah Jengka, Zariah Harun dan Ketua Peneroka Felda Jengka 17, Yusof Arshad. #sumber


Subscribe to receive free email updates: