"Felda & Warga Peneroka" Terbela Jikalau HARAPAN Bentuk Kerajaan kabarmalay3.blogspot.com


Tuduhan liar konco-konco UMNO menjaja ketakutan kononnya kerajaan HARAPAN akan menutup Felda jika membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah satu pembohongan tidak masuk akal.
Menyanggah tohmahan palsu yang diulang-ulang itu, kerajaan HARAPAN sebaliknya akan memperkukuh institusi berkenaan sekaligus membela generasi baru Felda tegas calon HARAPAN P80 Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Menurut beliau, UMNO tidak lagi memiliki integriti sehingga terpaksa menggunakan ‘senjata ketakutan’ demi mengekalkan kuasa mereka.
“Mereka nak terus berkuasa dan terpaksa menutup segala kesalahan mereka dengan cerita-cerita sebegini.
“Tapi rakyat sendiri melihat apa yang telah dilakukan pemimpin UMNO. Bukan sahaja isu Felda tapi MARA, Tabung Haji, KWSP, 1MDB dan sebagainnya,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Tegas Tengku Zul, 10 janji 100 hari pentadbiran kerajaan HARAPAN jelas mempamerkan iltizam untuk memperkasa kedudukan Felda dengan menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
Kerajaan HARAPAN juga katanya bukan sahaja akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja menyiasat skandal Felda tetapi juga badan itu akan menyiasat skandal penyelewengan 1MDB, MARA dan Tabung Haji selain merombak struktur kepimpinan badan-badan terbabit.
Selain janji 100 hari, Manifesto HARAPAN juga menunjukkan komitmennya dengan Iltizam Khusus Untuk Warga Felda melibatkan seluruh kepentingan warga Felda dan generasi baru peneroka. #sumber

Subscribe to receive free email updates: