Datuk Nazlan Terkejut Sebaran Senarai Calun DUN, Parlimen Jerantut ! kabarmalay3.blogspot.com


JERANTUT: Tindakan segelintir pihak yang menularkan senarai calon BN di Parlimen Jerantut, DUN Damak, Pulau Tawar dan Tahan disifatkan tidak wajar.

Senarai tersebut tular di Facebook dan aplikasi Whatsap kelmarin yang menamakan beberapa individu untuk kerusi parlimen dan DUN hingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Antaranya penyandang ADUN Tahan Datuk Seri Wan Amizan Wan Abu Bakar dikatakan akan bertanding sebagai calon Parlimen.(P81) manakala, tiga muka baharu dikatakan akan menggantikan calon sedia.

Calon baharu yang tular itu ialah DUN Tahan (N09) bakal ditandingi oleh Datuk Wan Zamzuri Wan Hasnan, DUN Damak (N10) oleh Datuk Lee Chong Lai dan DUN Pulau Tawar (N11), Datuk Nazri Ngah.

Sementara itu penyandang, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris memberitahu terkejut dengan penyebaran tersebut.

“Saya pun tidak tahu siapa yang akan bertanding, hanya PM (perdana menteri) saja yang tahu.

“Sebagai ahli UMNO dan BN kita perlu akur dengan keputusan (PM) dan kita akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih,” katanya.

Menurutnya sesiapa sahaja boleh bercita-cita dan berusaha tetapi apabila senarai nama diumumkan semua pihak perlu bekerjasama demi kejayaan parti.

Jelasnya, kerajaan baru sahaja meluluskan akta berita palsu ini tetapi  segelintir pihak tidak sedar mereka boleh diambil tindakan jika menyebarkan berita tidak benar.

“Situasi sebegini boleh menimbulkan salah faham dan memberi kesan tidak baik kepada masyarakat,” tegasnya lagi.

Ditanya kedudukannya, beliau akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan dan tetapi memberikan kerjasama kepada parti jika tidak dicalonkan untuk PRU14 kali ini.

Memegang jawatan itu selama sepenggal, beliau menewaskan calon Pas,Dr Hamzah Jaafar dengan majoriti 4,532 undi pada PRU13. #sumber

Subscribe to receive free email updates: