Blogger CMK Cucumatkilau Mahu Tanding Parlimen Dan DUN Pada PRU14 Ini ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN:  Bekas calon Bebas PRU13, Mohd Shukri Mohd Ramli yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) hari ini mendakwa dia tidak menolak kemungkinan untuk sertai PRU14. 

"Kali ini saya menyasarkan untuk bertanding di kerusi parlimen dan juga DUN di Pahang ", kata  Shukri.

Beliau yang pernah bertanding atas tiket PKR di DUN Kemayan, Bera  pada PRU12 lalu berkata keputusan untuk meneruskan hasrat berttanding timbul selepas melihat situasi politik semasa.

"Asalnnya saya nak rehat dan bagi sokongan kepada rakan-rakan yang lain. Namun selepas berbincang dengan beberapa orang sahabat.. mereka merestui agar saya bertanding sekali lagi kali ini", katanya lagi.

Pada PRU13 lalu, Shukri bertanding bebas di kerusi DUN Semambu, Parlimen Indera Mahkota. Beliau mendapat 880 undi ketika itu. 

Sementara itu hasrat beliau untuk bertanding bebas di PRK Rompin pula gagal selepas ada kekeliruan dan kontroversi yang berlaku.

Difahamkan, Shukri berminat untuk tawarkan diri bertanding kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota. Sementara itu bagi DUN pula di Semambu, Teruntum, Pulau Tawar dan Chenor. 

"Saya bebas memilih di mana mahu bertanding kerana tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Tapi, bagi rakyat yang keliru dengan situasi politik hari ini maka mereka boleh memilih calon bebas pro-rakyat", tambah beliau lagi. 

Shukri adalah seorang aktivis yang bersuara lantang dalam memperjuangan hak-hak rakyat terutamanya di Kuantan. Banyak isu yang telah mendapat perhatian daripada pihak berkuasa, selepas didedahkan oleh beliau menerusi NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara).

Apapun keputusan beliau untuk bertanding bebas masih belum muktamad lagi kerana ada desas-desus dia akan menyertai salah satu parti politik popular negara. Sekiranya itu berlaku maka dia mungkin hanya akan bekerja untuk memenangan calon yang terbabit.#PDO

Subscribe to receive free email updates: