Manikavasagam yang menganggotai PRM pada 2007, akan bertanding untuk Parlimen Kapar dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Selat Kelang.
"Terdapat parti-parti lain yang mencari saya tetapi presiden (PRM) memberitahu bahawa tiada masalah untuk saya kembali. Jadi, saya kembali ke PRM," katanya selepas pengumuman calon-calon PRM di Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Sabtu.
Manikavasagam digantung keahliannya dalam PKR pada 2017. Beliau meninggalkan PKR kerana rayuan terhadap penggantungan itu tidak diberikan perhatian.
Manikavasagam merupakan Ahli Parlimen Kapar pada 2008. #sumber