Bekas ADUN Mentakab (BN) Mahu Bertanding Sebagai "Calon Bebas" PRU14 kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab Datuk Chua Boon Seong mahu bertanding kerusi itu sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Chua, 63, sebelum ini bertanding kerusi DUN Mentakab atas tiket Barisan Nasional (BN).

"Saya pernah menjadi ADUN Mentakab selama dua penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Jadi saya ada rekod untuk dinilai pengundi," katanya di sini, hari ini.

Chua tewas kepada Tengku Zulpuri Shah Raja Puri daripada DAP dengan majoriti 1,544 undi. #sumber

Subscribe to receive free email updates: